Tuesday, 10 June 2014

Herbalife dan Diet Atkin

Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca di luar sana....

Bagaimana dengan tahap keimanan anda hari ini...masih di tempat sama atau sedang meningkat..???

Kalau meningkat, alhamdulillah....Kalau tidak, jangan putus asa, anda masih berpeluang meraih kasih sayang Allah...Insyaallah...

Ok la....berbalik pada tajuk blog saya kali ini, pasti ramai antara pembaca yang tertanya-tanya, mengapa saya keluarkan isu ini...

Untuk makluman semua, apa yang saya lakukan ini, bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa tetapi tidak lain tidak bukan, hanya memberi peluang kepada mereka yang tercari-cari, diet apakah PALING BERKESAN buat mereka....

Tetapi sebelum itu, apa itu Diet Atkin (DA)...??? DA  ini adalah salah satu diet yang terkenal pada zaman sekarang dalam program turun berat badan....memang tidak dinafikan, ramai pengguna yang sudah berjaya dengan amalan DA ini... untuk maklumat lanjut, pembaca-pembaca bolehlah baca di sini...Apa yang ditekankan ialah, pengguna DA ini perlulah memastikan pengambilan carbs ialah 20g sahaja untuk sehari...bukan sekali hidangan...ni untuk fasa 1 dalam DA yang dikenali sbg Induction Process...sehingga ke fasa 4, pengambilan carbs akan meningkat sehingga maksimum 70g sehari..

Jadi, kita perlu fokus PERTAMA pada carbs ini..dimana 0 carb untuk ayam, daging, ikan.. makan lah banyak2 dalam sehari.. tak effect pun 20 carbs.. carbs datang daripada sayur2 dan makanan tambahan yang lain sahaja...

Berikut, adalah penerangan-penerangan tentang fasa-fasa yang wujud dalam Diet Atkins ini...










Ok, sekarang, kita ke produk Herbalife pula...mngikut label nutrisi F1 Shake Herbalife, untuk 2 tablespoon hanya mngandungi 11g sahaja...ini bermakna, kalau 3 tablespoon, baru 17.5 gram..itu untuk sekali makan...

kalau anda serius untuk turunkan berat badan, anda perlu hanya ambil 2 kali makan sahaja...means, total, 35g shj sehari...hmm, nampak terlebih 15g dari Diet Atkin....xpe, jangan risau...sebab once anda sudah minum shake, anda akan terus bertenaga dalam kadar 8-15 saat...SANGAT PANTAS...!!

Dan kerana tenaga inilah, yang membuatkan anda tidak dapat duduk diam dan mahu melakukan exercise...dan anda sebenarnya sedang membakar kalori....GOOD JOB!!

Berbanding mereka yang amalkan DA ini, selepas menikmati hidangan, kadar kepantasan tenaga yang dapat dirasai ialah (saya sendiri tidak pasti).....jadi, dalam tempoh speedometer tubuh nak naik tenaga tu, mungkin ada sesetengah orang cuba menambah kalori dengan makan makanan lain...mungkin...






Dan juga DA ini, pengambilan carbs nyer bertambah dari satu fasa ke satu fasa....berbeza dengan herbalife, kita boleh maksimum ambil, 3x pengambilan setiap hari...means 52g sehari...dan testimoni rakan saya yang amalkan kaedah ini, dia berjaya turunkan berat 20kg dalam masa sebulan...total lost, 60kg 3 bulan...

Ok, sekarang kita beralih arah kepada fokus KEDUA pula, iaitu apa yang kita rasa selepas amalkan DA atau Herbalife...based pada kajian yang saya lakukan, bagi mereka yang baru berjinak dengan DA, mereka akan rasa penat satu badan....disini, semua orang kena ALERT..!! Bab ini sangat penting...sebab ramai orang di luar sana menyalahkan produk-produk dimana, bila makan atau minum, badan jadi lemah atau tetiba mual dan seumpamanya...sebenarnya, perkara ini adalah NORMAL...sebab, tubuh anda sedang mengalami CULTURE SHOCK...kita jangan terlalu layan dengan perubahan fizikal dahulu...seminggu pertama adalah fasa tubuh sedang menyesuaikan dengan persekitaran baru...itu adalah normal...



Jadi, kepada mereka-mereka di luar sana, hentikan fitnah di atas produk-produk di luar sana...kerana itu, ilmu sangat penting untuk kita agar kita tidak mudah menyebarkan kata-kata fitnah diluar dan memburuk-burukkan produk di luar...

Ok, fokus kita yang KETIGA adalah sebab mengapa saya memilih Herbalife dari DA ini...kita tengok dulu, pelan DA ini...bagi pengguna yang serius ingin berDA, untuk fasa 1 iaitu Induction Process, mereka harus perhatikan pengambilan carbs tidak melebihi 20g sehari...berikut adalah sampel makanan..anda boleh pilih dan tambah sendiri untuk dapat maksimum 20g..



Jadi, bagi saya ia adalah sesuatu yang SANGAT LECEH bagi menyediakan semua ini kerana kehidupan saya sentiasa sibuk...Jadi, saya ingin mencari sesuatu yang mudah dan murah kosnya pada diri saya...bayangkan kalau kita beli bahan-bahan ini di atas...kita terpaksa bergerak ke kedai membeli...seawal pagi jam 7.00, tiada kedai yang buka...jika kita membuat simpanan stok untuk seminggu atau dua minggu sekalipun, ada sesetengah yang tidak mampu bertahan lama seperti taugeh...saya ada pengalaman, taugeh letak seminggu dalam peti even selalu guna, ia da tukar bentuk dan bau..

Kemudian, bagi memenuhkan hak tubuh dengan nutrisi seperti protein (ikan, ayam, daging), untuk rebus ketiga-tiga itu sangatlah leceh buat kehidupan saya waktu sekarang...jika amalkan makan telur separuh masak juga sangat leceh kerana kulit telur itu cepat busuk...dan ini menyebabkan saya kena banyak bergerak semata-mata untuk membuang kulit telur itu jauh dari rumah saya...jika kita berlengah, ulat sampah akan menjelma...kos air dan gas juga diambil kira untuk melakukan semua ini...

 Itu baru kos makanan bagi pengamal DA, bagaimana pula dengan kos tersebunyi seperti kos letrik, air, dan petrol...???



Seperti penerangan tuan kita di atas ini, beliau menggunakan kos rendah kerana rumahnya dekat dengan pasaraya....bagaimana pula dengan mereka yang jarak rumahnya dengan pasaraya adalah jauh...setiap butir-butir ini kita perlu lakukan analisis sedalam yang mungkin bagi mendapat pelan diet yang sesuai dengan kita...

Kehidupan sebagai pelajar ini, saya perlu cakna dengan aliran wang saya setiap hari semoga sentiasa mencukupi..dan saya ada satu masalah dimana, saya tidak mahu pening kepala fikir nak gerak dari satu pasaraya ke satu pasaraya dan membuang masa secara tidak sedar...pergerakan dari satu pasaraya ke satu pasaraya, akan menyebabkan kos petrol semakin bertambah...lagi-lagi, harga minyak sekarang adalah tinggi..Itu x masuk lagi kos petrol digunakan kalau terpaksa pergi pasraya di bandar-bandar yang kadar kesesakan lalu-lintasnya tinggi...

Pendapatan 2 minggu untuk brader itu ialah RM60 + RM8 = RM68 (RM70)...ini kalau rumah dekat..sekarang, kita lihat, trend ekonomi di Malaysia ini...semakin hari, harga barangan mentah semakin tinggi...bila kos minyak naik, industri lain juga turut terkena efeknya...untuk jangka pendek, DA adalah yang TERBAIK....tetapi, untuk jangka panjang, ianya BUKAN TERBAIK....mungkin 2 tahun lagi, kos RM70 akan naik kepada kos RM90...

Berbeza dengan produk Herbalife, kos bagi 1 produk F1 Shake ialah RM172...tetapi sejurus menjadi ahli, anda akan dapat potongan harga 25% dengan kos RM134....dan diskaun tertinggi dalam Herbalife ialah 50% iaitu RM94 sahaja..dan ianya fixed SEUMUR HIDUP...cara penyediaannya juga sangat mudah dimana, kita bangun sahaja tidur, kita juz letak 3 scoop dalam botol, dan masukkan air 400ml dan terus shake dan minum...tempoh menyediakan hanya 3 minit sahaja...dan produk ini bertahan selama 2 tahun...dan tidak berbau...jadi, saya tidak perlu kerap ke kedai beli plastik sampah untuk membuang kulit telur atau sayur yang dah rosak..dan kesan tenaga yang saya dapat rasai setelah minum itu ialah 6 saat sahaja....TERLALU PANTAS..!!

Mungkin, bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan pada masa pertama ini, saya CADANGKAN pada anda adalah untuk merasai NUTRISI HERBALIFE SECARA PERCUMA mengikut kaedah saya...iaitu, antara salah satu DMO Herbalife ini ialah Nutrition Club...so, biasanya, untuk pertama kali datang, ianya adalah PERCUMA...kali kedua, baru bayar...jadi, cara saya, kita akan pergi rumah yang berbeza-beza untuk dapat peluang minum nutrisi ini secara percuma...TURUN BERAT PUN DAPAT, LUASKAN KENALAN PUN DAPAT, ILMU PUN DAPAT, DAN SEMUANYA IALAH PERCUMA....siapa yang mahu lepaskan...betul x...??

Jadi, saya nak cari siapa yang sudi ikut saya untuk kita terjah nutrition club ini...masalah dia satu je, kebiasaan nutrition club area Terengganu dibuka 8.30 pg - 10.30 pg sahaja...kalau tempat lain, kita tgk operation hours nya...so, sesiapa yang area Kuala Terengganu yang nak cuba nutrisi Herbalife secara percuma, rajin-rajinlah pm saya di my facebook... 

Banyak masa yang saya dapat jimatkan berbanding DA tadi...saya dapat jimatkan kos petrol, kos letrik, kos masa...dan ini sangat SESUAI bagi kehidupan saya...Jadi, saya mempunyai banyak masa untuk menimba ilmu...

Selain itu juga, antara kelebihan Herbalife dengan DA ini, andai kata anda sedang bercuti di tempat orang, kita mungkin mengalami kesukaran nak mencari bahan-bahan tersebut di tempat orang...berbanding dengan Herbalife ini, ianya mudah dibawa dan mudah mengawal diet..

Dengan Herbalife juga, anda dapat berpeluang bercuti di luar negara jika anda meletakkan KESUNGGUHAN yang maksimum dalam mempromosikan produk...berlainan dengan DA, jika kita usaha bagai nak K.O, tiada syarikat yang akan menawarkan anda pakej percutian percuma...betul..??


Gambar di atas ini ialah gambar ayah kepada upline saya....yang best dalam Herbalife ini, dia akan menawarkan PAKEJ PERCUTIAN PERCUMA pada kita dan BONUS, kita boleh bawa SEORANG lagi bersama kita....macam upline saya buat ini, dia bawa ayahnya untuk enjoy di Melbourne ini...inilah hadiah yang tak terhingga yang tak mampu kita coretkan atas kertas ini....Usaha kita dibayar dengan percutian percuma....siapa x nak...kan...upline saya ini sudah merantau lebih 5 buah negara dalam masa setahun..Visi Herbalife ialah, "SIMPLE, FUN AND MAGICAL"

pada masa sama, kita loss weight, pada masa sama juga kita berpeluang ke luar negara....tetapi, kalau DA, kita mungkin tiada peluang ini....dibawah ini pula, adalah gambar saya di Singapura baru-baru ini...



Selain itu, kita juga dapat meluaskan marketing network di seluruh dunia....di bawah ini, kami bergambar dengan warga Singapore yang kurang upaya....saya tanya dia, kenapa buat Herbalife, dia jawab, Herbalife mampu beri dia kesemua haknya jika dilakukan secara serius iaitu BONUS BERCUTI PERCUMA..siapa yang tidak mahu PERCUMA kan...hehe...so, agak berbaloi jika kita upkan RM90 2 minggu berbanding DA RM70 2 minggu...mana yang anda akan pilih...



Gambar di bawah ini menunjukkan percutian di Waterworld Singapore...


Dan ini adalah kumpulan Herbalife Terengganu, nanti kalau jumpa mereka dimana-mana, tegurlah yea...mereka semua sporting 



Kita juga sering melakukan senaman bersama-sama....setiap hari Isnin di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, kami ada buat sedikit senaman Fit Club...SANGAT MERIAH..!!!


 
Walaubagaimanapun, kedua-dua diet ini ada PRO AND CON dia...sama-sama kita tengok kelebihan masing-masing dan tanya pada diri, yang mana satukah diet yang sesuai untuk anda....

Sehingga ini sahaja coretan saya, insyallah, blog akan datang, saya akan bawakan penampilan yang baru lagi...Rajin-rajinlah komen di bawah ini...Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk membaca blog saya ini...

Rajin-rajinlah follow blog saya ... :D

2 comments:

  1. alaa..nak keluar trengganu dah pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...xpe, cari orang herbalife di tempat anda...tp, kalu area bandar, mmg xjumpa tepi pantai mcm ni la..hehe

      Delete