Saturday, 10 May 2014

Cara-Cara Memesan Produk Herbalife dari Awal Hingga Akhir Pesanan

Hai, bertemu kembali kita di arena ini...hari ini, saya akan mengajar anda semua tatacara memesan produk Herbalife melalui sistem online herbalife...seperti biasa, saya akan ajar anda semua menggunakan gambar step-by-step...jika ada part mana yang kurang jelas atau tidak faham, jangan segan jangan malu...bertanya sahaja kepada saya...insyaallah, saya akan selesaikan masalah anda... :)

ok, dalam pembelajaran hari ini, pengalaman penulis dalam memesan produk ini ada sedikit trickynya...oh ya, sebelum pergi jauh, penulis ingin nyatakan bahawa kebanyakkan produk-produk Herbalife ini dihantar melalui syarikat Citylink dan Pos Laju...ianya depends...hehe...

jadi, ayuh, kita mulakan pengembaraan kita hari ini....first thing, apa yang kita perlu buat ialah, pergi ke laman web https://my.myherbalife.com/



dan setelah masukkan maklumat di ID dan PIN di kotak "Log Masuk", anda akan dibawa ke page ini


pilih "Senarai Harga Online" dan anda akan dibawa ke page ini..


ini adalah laman untuk anda memilih produk...di bahagian "Pilih Kategori", ia terdapat hampir 11 pilihan...once anda memilih produk, klik butang "Tambah ke Dalam Troli" dan secara automatik, sistem ini akan kirakan jumlah volum poin anda sendiri...jika dalam pembelian di atas satu resit anda ialah 1000vp pada awal bulan, anda akan terus dapat potongan diskaun sebanyak 42%....tetapi, jika hanya melakukan pembelian 500vp, anda hanya akan merasai kadar diskaun sebanyak 35%...

tetapi, diingatkan, pada bulan seterusnya, kadar diskaun anda yang 42% itu akan jatuh pada 35% kerana ianya tidak bersifat kekal...tetapi, jangan runsing, untuk memastikan ianya kekal, anda perlulah membuat 2500vp sepanjang 3 bulan berturut-turut...then, barulah anda dapat menikmati kemanisan 42% sepanjang hayat....hehe...

macam penulis x dapat da...silap perkiraan dahulu...akhirnya, penulis seumur hidup, kadar diskaun hanyalah 35%..hehe....

ok, pasti ada yang tertanya-tanya...1000vp itu RM1000 ke...hehe...mulanya, penulis pun macam anda juga, tetapi, sebenarnya bukan, 1000vp itu bersamaan anda mengeluarkan modal hampir RM4000++ ..jadi, setelah anda memilih produk apa yang ingin dipesan, anda boleh edit di bahagian "Opsyen Penghantaran" dibahagian kanan bawah itu...Jenis ambil pula ada dua samada "Pungutan" atau "Penghantaran"...hehe..

ok, setelah selesai, anda akan dapat page seperti ini...


ok, setelah itu, cara pembayarannya pula, anda memilih "Pindahan Kawat" seperti gambar di bawah ini

lepas anda pilih menu "Pindahan Kawat", anda akan dapat informasi seperti no.akaun Herbalife yang anda akan transferkan wang melalui akaun Maybank


ok, setel di bahagian sistem herbalife ini, then, langkah seterusnya, pergi buka akaun Maybank anda dan
pilih "Favourite 3rd Party Account Transfer" seperti gambar di bawah ini...bagi anda yang belum menjadikan Akaun Herbalife sebagai akaun favourite anda, klik sini untuk melihat kaedah-kaedah menjadikan akaun Herbalife sebagai akaun favourite anda...


ok, selepas menekan bahagian itu, anda akan dibawa masuk ke page ini


dan disini, anda hanya perlu akaun favourite anda melalui "drop-down menu" sahaja..dan, isikan maklumat yang selebihnya...selepas itu, klik butang "Continue" dan anda akan dibawa masuk ke page ini pula..


disini, anda perlu pastikan bahawa semua maklumat yang diisi adalah betul, tepat dan benar...setelah anda yakin, klik butang "Confirm" dan anda akan dibawa ke page ini


haaaa, dekat sini TRICKY nyaaaaa...jangan fikir da selesai transfer, kerja anda sudah selesai...masih belum lagi...nampak tak butang "Print Receipt" tu....haaaa, saya nak anda semua tekan dan ia akan bawa ke bahagian ini...

haaaa, nampak x yang merah-merah tu....jap ae, sebelum tu, pergi semula kat sistem myherbalife tu dan tengok no.order nya itu seperti yang saya bulatkan di dalam gambar bawah ini


ok, sekarang...saya akan jelaskan apa fungsi yang warna merah itu...hehe

ok, dalam sistem Herbalife ini, setelah anda membuat pesanan secara online, anda perlu menghubungi pejabatnya di talian 0326876333 untuk membuat pengesahan produk...mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya, kalau begitu, apa faedah kita mendaftar secara online, kalau kena hubungi pejabatnya juga...hehe...

sebenarnya, kalau kita tidak hubungi semula pun, barang still sampai, cuma lambat sedikit...kerana produk Herbalife ini adalah produk kegilaan kebanyakkan orang, jadi pesanan dalam sehari sahaja sudah menyebabkan database pemesanan penuh...jadi, kalau nak tunggu queue memang slow, untuk tidak terasa lewat, kita direct hubungi sahaja....waktu dibenarkan hubungi pula ialah seperti tertera di gambar bawah ini...


ok, berbalik yang pada saya bulatkan dengan warna merah tadi, semasa anda hubungi pejabatnya itu, anda pilih pilihan no.1 untuk "Pengesahan Produk"...dan tunggu operatornya jawab...bila diorang sudah angkat, diorang akan meminta no.order, jumlah bayaran, tarikh bank in, dan pukul berapa bank in...jadi, berbalik pada gambar di atas tadi, kesemua kriteria-kriteria yang diperlukan oleh pejabat tersebut, sudah saya tandakan dengan bulatan warna merah...jadi, anda hanya perlu memberi details-details ini pada mereka...

dan kebiasaannya, selepas 3 jam, membuat pengesahan order melalui talian, anda akan dapati, nilai volum poin dalam sistem myherbalife korunk, akan update...

see, x susah kan....pada mulanya, mungkin anda belum biasa, insyallah, day-by-day, anda akan lalui semua ini dengan mudah dan bergaya...hehe

Dengan ini, tamatlah pengajian kita untuk hari ini tentang bagaiamana untuk memesan produk herbalife melalui sistem online....Jumpa lagi di blog akan datang :D

Kaedah Mendaftar Ahli Baru Di Dalam Keluarga Herbalife

Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi semua rakan-rakanku...semoga kita semua sentiasa sihat wal afiat dan sentiasa bertenaga melakukan kerja...aminnn...hehe

Ok, hari ini, saya akan mengajar anda semua cara-cara bagaimana nak daftar ahli baru di dalam keluarga herbalife....mudah sahaja...

first thing, anda semua dikehendaki pergi ke link ini... https://my.myherbalife.com/ kemudian, anda akan dapat paparan seperti ini


selepas anda menekan di bulatan itu, anda akan dibawa masuk ke laman ini


di langkah ini sangat penting....!!! dimana, sebelum anda mendaftar seseorang jadi keluarga herbalife, pastikan id upline nya adalah tepat..!! kerana kesilapan serta kecuaian kita semasa melalui proses ini, akan menyebabkan rumit untuk merubah semula...

ok, selepas sudah memahaminya, tekan butang close dan anda akan nampak paparan ini...


disini, memandangkan kebanyakkan dari anda membuat pesanan untuk mendapatkan beg IBP Herbalife, maka, anda semua perlulah pilih pilihan "Ya" di kotak bawah sekali...dan akan mendapat paparan seperti ini..

ok, sekarang, mari saya terangkan satu-satu...apakah fungsi setiap kotak itu....ok, seperti di maklumat kedua itu, ia menyuruh kita agar memasukkan "No. ID Herbalife bagi Penaja"...seperti contoh, Alex mempunyai kawan bernama Maria dan Maria berminat menjadi salah satu keluarga Herbalife...jadi, kerana Alex yang mencari Maria, Alex akan meletakkan ID nya di kotak nombor dua itu...dan ID Maria di kotak nombor lima iaitu "ID Permohonan"....diingatkan, disini, Alex perlu tepat ID nya...jika tersilap letak ID, maka proses untuk menukar semula sangat sangat sangat rumit...jadi, kena berhati-hati disini...jika takut juga, minta tolong dari pakar...

ok, di kotak ketiga iaitu "3 Huruf Pertama bagi Keluarga Penaja"...ini bermaksud kalau nama penaja tadi Alex Don Spirit...so, 3 huruf pertamanya ialah Don...

dan di kotak terakhir iaitu "Kod Dalam Talian", ini, anda semua akan dapat melalui beg IBP  Herbalife yang kamu terima itu...ok, tapi yang gambar bawah ini ialah borang dari US, so, yang Malaysia punya "Application ID" tu macam "MY######" manakala "Online Code" macam MWEM6L...haaa, yang anda punya mungkin lain dari online code ni...ok, done fasa ini...

bila da done, anda semua klik butang "Seterusnya" dan ia akan bawa anda masuk ke laman ini


ok, seperti contoh di atas ini...nama penajanya ialah Izzat Husna...jadi, abang Izzat ini kena masukkan maklumat-maklumat pasal downlinenya di dalam ruangan ini....ok, bagi ruangan kat "Nama Pertama" tu, incase nama downline anda ialah Bentong Bin Karim, so anda juz masukkan "Bentong Bin" sebagai nama pertama dalam ruangan ini...manakala ruangan kat "Nama Keluarga" itu pula, anda hanya masukkan "Karim" sahaja...

dan form ni panjang...ini sambungannya...


ok, sekarang hampir selesai, anda perlu uploadkan gambar IC anda depan belakang di bahagian bawah sekali itu...kalau x scan lagi, cepat-cepat scan...hehe...selesai upload, anda klik di butang "Seterusnya" dan ia akan bawa anda ke laman ini pula..


haaaa, ini adalah report keseluruhan yang anda akan lihat sebelum anda bersetuju untuk tick di bahagian "Perjanjian" dibawah ini...


ok, langkah terakhir selepas tick, anda klik ke butang "Hantar" dan anda akan dapati paparan seperti ini keluar...


jadi, selesai sudahlah kita berjaya mendaftar downline kita....sekarang, ayuh, saya nak bawa anda semua masuk ke laman web rasmi herbalife ini...ok, ni saya nak bawa masuk dengan guna ID saya...



tadaaa....ini ruangan dalam myherbalife....hehe


dan kalau nak memesan produk, sila rujuk ke blog ini, "Cara-Cara Memesan Produk Herbalife Dari Awal Hingga Akhir Pesanan"...disini, anda boleh explore maklumat-maklumat di dalam ini...segala acara serta promosi juga ada terkandung di dalam laman web ini...

dan part paling best bagi semua agen Herbalife ialah ini...


haaa, dekat "Gambaran Keseluruhan" ni, kita boleh nampak keseluruhan nilai Volum Poin kita...hehe


klik dekat "View My Volume History" and Wallaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!


di sini, anda boleh memantau nilai Volum Poin anda dari semasa ke semasa....hehe...seronok bukan....cubalah... ^___^

Friday, 9 May 2014

Jadikan Akaun Herbalife Sebagai Akaun Favourite Kita

Haiiiiiii.......Bertemu kembali kita dalam siri kedua ini....apa khabar sel anda hari ini...sudah masukkan 55 nutrients di dalam badan....??? Kalau belum, pergi masukkan dahulu, kemudian baru membaca blog ini...hehe

Bagi yang sudah minum shake yg hebat, ayuh, kita mulakan pengembaraan kita hari ini...haaaa, hari ini, saya akan mengajar anda semua, cara-cara menjadikan akaun herbalife ini sebagai akaun favourite kita... heee....

Anda sudah bersediaa...????

Ayuh, kita mulakan....ok, seperti biasa, sebelum nak mulakan, anda harus masuk ke laman maybank2u dan login seperti biasa...ok, lepas tu, anda just perlu pergi kat tempat yang saya bulatkan itu....

ok, selepas klik kat bulatan itu, anda akan dibawa ke laman ini


ok, disini, anda semua pergi ke link "Transfer" yang dibulatkan tu...dan anda akan dibawa ke page ini...


di sini, tekan pula di kawasan "Favourite 3rd Party Account Transfer" dan anda akan dibawa ke page ini...


disini, anda boleh ambil masa untuk membaca nota ini...kemudian, klik butang "Add" dan anda akan dibawa ke page ini..

disini, anda perlu memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja...masukkan maklumat seperti gambar di bawah ini dan klik butang "Continue"....akaun anda sudah dilistkan sebagai favourite akaun...

di blog seterusnya, saya akan mengajar anda semua bagaimana untuk membuat pesanan produk dari laman myherbalife hingga pembayaran di akaun maybank...Jumpa anda di blog "Cara-Cara Memesan Produk Herbalife dari Awal Hingga Akhir Pesanan"... :) :) :)

Buka Akaun Maybank2u Untuk Bisnes Herbalife

Salam, Have You Had Your Shake Today..????

This today, saya nak mengajar anda semua cara-cara membina akaun Maybank2u bagi sesiapa yang masih belum ada akaun ini...

Mengapa Maybank..?? Ini kerana kebanyakkan proses-proses jual beli Herbalife dilakukan pada akaun Maybank...tetapi di blog ini, saya akan tekankan bagaimana membina akaun Maybank2u step-by-step....kemudian di blog yang kedua, iaitu "Jadikan Akaun Herbalife Sebagai Akaun Favourite Kita", saya akan jelaskan bagaimana untuk menghasilkan sesuatu akaun itu menjadi favourite kita...so, dengan itu, kita tidak perlu memasukkan no.akaun yang sama setiap kali melakukan transaksi...hanya perlu pilih dari list dan membuat transaksi...

tanpa berlengah, saya akan ajar anda semua step-by-step untuk membina akaun Maybank2u...

================================================================

Di Maybank..

ok, first step, korunk kena buka akaun Maybank la kan...baru la boleh daftar Maybank2u...hehe...so, nak buka akaun Maybank ni, korunk kena sediakan at least RM250 dalam tangan untuk pihak Maybank buka akaun korunk...tapi, macam saya dulu, saya buka akaun Maybank di branchnya..iaitu di Giant Kuala Terengganu...kat sana, x silap saya, saya buka akaun dalam RM20 - RM50 sahaja..alhamdulillah, masa tu memang x banyak duit dalam poket...jadi, rasa sangat lega sebab still dapat buka akaun Maybank dalam kadar yang murah..hehe..untuk proses ni, anda perlu rajinkan diri anda ke Bank Maybank...hehe...

pastu, dalam 20 minit macam tu, siaplah kad Maybank tu...so, macam biasa procedure dia...kita digalakkan tukar no pin di mesin ATM...masa kita masukkan kad itu, kita tekan password 123456...lepas itu, kita pilih menu "Penukaran PIN"...dan tukarlah kepada 6 digit kesukaan anda...pastu, siaplah penukaran PIN untuk kad Maybank anda...hehe

ok, da setel yang tu, tiba masa untuk sesi maybank2u....first, korunk pergi ke menu "Maybank2u Phone TAC"...haaa, dekat sini, anda perlu masukkan no.telefon anda di dalam ruangan yang diberikan...fungsi TAC ni adalah untuk security...contoh, seseorang individu itu tidak akan dapat buat transaksi duit, jika tidak masukkan no.TAC ini...ini adalah screen nya...


then, step kedua, anda perlu pilih menu "PIN Laluan Maybank2u"....haaa, menu ni berbeza dengan "Penukaran PIN" sebelum ni...yang sebelum ni, kita nak tukar PIN kad Maybank kita sahaja...tetapi, kali ini, kita nak buat satu PIN untuk tujuan Maybank2u (PIN ini anda perlu ingat untuk proses pendaftaran Maybank2u)...untuk lebih memahaminya, anda boleh terus baca blog ini sehingga habis..



alhamdulillah, selesai pun tugas kita di Bank Maybank tersebut untuk proses pendaftaran di ATM...sekarang ayuh, kita pulang ke rumah dan buka laptop untuk daftar Maybank2u...tapi, kalau nak terus buat disana pun boleh...tapi, kene tunggu queue la...hehe..so, buat kat rumah lagi heaven..leh baring sambil mendaftar...hehe


Di Rumah...

ok, next step, korunk pergi kat www.maybank2u.com ni...dan akan terpampang macam gambar di bawah ini..


lepas tu, anda klik dekan butang "Login" yang saya bulatkan itu...dan anda akan dibawa masuk ke page ini pula...



di sini pula, anda perlu klik pada butang "First Time Login"...

then lepas anda klik butang itu, anda akan diberi satu video pendek untuk didengar...waktu ni, anda kena fokus dengar betul-betul...dalam 3 minit sahaja...kemudian, jawab soalan-soalan yang diajukan itu...

  

ini adalah contoh soalan yang diajukan....pastikan anda jawab dengan betul...


ok, bila da setel, klik butang "Check" dan anda akan dapat paparan ini


selepas itu, anda just tekan butang "Accept"



selepas itu anda akan dibawa ke laman ini..

di sini, anda perlu isikan "Access No" dan "PIN" di dalam kotak yang disediakan...kebiasaannya, Access No ni ialah 16-digit yang wujud pada kad ATM anda...


manakala PIN number tu adalah apa yang anda isikan di mesin ATM tadi tu...dimana screennya seperti ini


selepas anda memasukkan dua elemen ini, anda terus menekan butang "Activate", dan ia akan bawa anda ke page seterusnya...


so, macam biasa, isikan maklumat-maklumat disini dan klik butang "Confirm"....lalu ia akan bawa anda ke page ini...


selepas itu, untuk memastikan keselamatan akaun anda, anda harus menjawab kesemua soalan ini incase anda terlupa no.akaun, anda boleh rujuk semula dengan soalan2 ini...pastikan, ia wujud dalam simpanan laptop anda...


selesai itu, klik butang "Submit" dan anda akan dibawa ke laporan keseluruhan seperti gambar di bawah ini...


Alhamdulillah, berjaya sudah kita mendaftar akaun Maybank2u ini....mudah sahaja kan...hehe...

Bagi mereka yang tertanya-tanya apa itu TAC, ini adalah maksudnya...

=================================================================

Berakhir sudah Step Pertama kita ini....Step yang kedua, anda perlu membaca di blog saya yang kedua yang bertajuk "Jadikan Akaun Herbalife Sebagai Akaun Favourite Kita"

Jumpa anda di sana... :D :D :D